Post Header
Akhirnya, setelah sekian lama, kami telah mengemaskinikan enjin carian kami (Elasticsearch) dari versi 0.90 sampaiiiiiiiiiiii ke versi 6.2, yang jelas telah telah lama tertunda. Banyak kecemasan lain telah berlaku selama bertahun-tahun, dan tidak pernah ada kakitangan yang mencukupi untuk mengendalikan penulisan-semula kod sebesar ini sementara juga menguruskan penyelenggaraan harian Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Dengan bantuan kontraktor kami yang dipercayai (terima kasih kepada sumbangan murah hati anda!), kami kini bersedia untuk mengaplikasikan perubahan ini kepada AO3.
Untuk tempoh yang singkat, carian baru hanya boleh digunakan oleh sebilangan sukarelawan untuk beberapa ujian akhir; pengguna lain masih akan melihat carian interface dan penapisan semasa. Anda mungkin akan mengalami beberapa masalah pada hari-hari sebelum kami menukar enjin carian sepenuhnya kerana kami masih perlu mengubah sedikit kod lama kami supaya kedua-dua versi Elasticsearch berjalan lancar. Kami meminta kesabaran anda, ini hanya masalah sementara.
Sebaik sahaja kami bersedia, kami akan memindah semua akaun kepada sistem baru secara berkumpulan, sementara mengawasi jikalau ia mampu menahan tekanan yang semakin meningkat. Kami kini menjangka proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu, dan lebih lama sekiranya kami perlu memberhentikan proses ini untuk membaiki sebarang masalah.
Seperti biasa, kami akan memberitahu anda berita terkini tentang kemajuan kami di sini dan juga melalui akaun @AO3_Status di Twitter. (Kami akan mengepos berita yang lebih besar dengan butiran lanjut akan datang, tetapi anda boleh membaca pratonton kecil di bawah.) Ribuan terima kasih kepada semua pengekod dan penguji yang membantu membawa kami ke garisan penamat!
