Post Header
Permintaan ciri umum yang kami terima selama bertahun-tahun adalah kemampuan untuk menyekat pengguna lain daripada berinteraksi dengan anda di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita), atau menyembunyikan kandungan oleh pengguna yang anda tentukan. Ini adalah sesuatu yang telah kami rancangkan untuk sementara waktu, dan kami telah berusaha untuk mengembangkannya sejak beberapa bulan yang lalu. Atas sebab itu, kami ingin memberi anda maklumat ringkas mengenai bagaimana perkara ini dijalankan:
Menyekat vs. Membisukan
Kami telah bekerjasama dengan pasukan Sokongan dan Polisi & Aduan, yang secara langsung berhubung dengan pengguna kami dan dapat membantu kami mengumpul semua maklum balas, permintaan ciri dan cadangan yang mendatang. Ini membantu kami menentukan bagaimana kami dapat memuaskan kebanyakan pengguna untuk menjadikan pengalaman AO3 mereka lebih selamat dan menyeronokkan tanpa menimbulkan masalah baru dalam proses tersebut.
Selepas beberapa perbincangan, kami memutuskan untuk mempertimbangkan fungsi baru sebagai dua set ciri yang berasingan:
- Menyekat: mencegah pengguna tertentu berinteraksi dengan anda
- Membisukan: tidak termasuk kandungan oleh pengguna tertentu dari pengalaman Arkib peribadi anda
Dengan cara ini, kami dapat menawarkan kepada pengguna kami satu set pilihan untuk mengatur penggunaan mereka sendiri dan menambahkan lapisan perlindungan terhadap gangguan, tanpa menyukarkan orang untuk membuat dan berinteraksi dengan kandungan di AO3. Sebagai contoh, anda mungkin mahu membisukan pengguna kerana menyiarkan banyak karya peminat mengenai pasangan yang tidak anda gemari, tetapi anda tidak kisah dengan pengguna yang sama meninggalkan komen pada karya anda sendiri. Dengan memisahkan kedua konsep tersebut, kami juga dapat menerapkan satu set pilihan awal yang berfokus sambil terus mengerjakan fungsi-fungsi lain di belakang tabir.
Namun, masih banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum kami dapat membuat dokumen akhir yang memperincikan bagaimana kami mahu ciri-ciri ini berfungsi dan bagaimana mereka berinteraksi dengan fungsi AO3 yang sedia ada. Oleh kerana skop perubahan, kedua ciri ini hadir dengan cabaran dan halangan mereka sendiri yang perlu ditangani sebelum dapat dijayakan.
Perbincangan perlu mengambil kira pelbagai butiran kecil seperti, "Jika senarai hasil carian merangkumi kandungan yang dibisukan, adakah angka yang ditunjukkan di bahagian atas perlu disesuaikan? Bagaimana ini berinteraksi dengan nombor di tapisan?" serta pertimbangan gambaran lebih besar seperti, "Bagaimana jika cabaran mempunyai beberapa mod, masing-masing mempunyai senarai akaun yang disekat dan dibisukan tersendiri?"
Sebaik sahaja kami mula menulis kod, kami mungkin akan menghadapi masalah teknikal yang tidak jelas semasa peringkat perancangan dan yang memerlukan perubahan besar pada rancangan kami. Oleh itu, kami hanya akan bersedia untuk mengumumkan ciri-ciri ini apabila kami yakin ia hampir selesai, kami faham hal ini mengecewakan bagi anda yang sedang menunggu fungsi tersebut.
Wang vs. Masa
Walaupun OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) mempunyai wang mencukupi untuk kontraktor berpotensi mengendalikan pengekodan (hasil sumbangan anda yang bermurah hati!), untuk melakukannya dengan cara yang berkesan, mula-mula kami harus memberitahu mereka dengan terperinci apa yang sebenarnya kami mahukan, kerana kami lebih biasa dengan ciri-ciri kompleks seperti koleksi dan cabaran dan mempunyai idea yang lebih baik mengenai cara pengguna menggunakan laman web ini dan masalah yang mereka hadapi.
Ini biasanya adalah bahagian yang paling rumit untuk projek dengan skop ini, dan juga sesuatu yang tidak mudah untuk menggunakan sumber luar tanpa mengambil kira risiko hasil akhir yang akan menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikannya.
Selain itu, mereka yang perlu terlibat dalam perbincangan ini kerana mereka mempunyai banyak pengetahuan tentang cara kerja dalaman AO3 dan maklum balas yang diberikan oleh pengguna selama ini, adalah mereka yang sama diperlukan untuk memastikan AO3 berfungsi dari hari ke hari, mengatasi pepijat, memastikan bahagian sandaran sentiasa dikemas kini, dan memastikan pasukan Sokongan dan Polisi & Aduan berjalan lancar.
Semua ini dilakukan oleh sukarelawan, dan kadangkala komitmen lain perlu didahulukan untuk memastikan laman web ini tetap berfungsi. Hasilnya, setiap projek bersaiz besar atau sederhana mengambil masa yang lama dari idea awal sehingga pelancaran ciri terbaru.
Sementara itu ...
Walaupun alat penyekat dan pembisuan bina dalam yang mudah digunakan masih lagi dalam pembikinan, Soalan Lazim Alat Penyemak Imbas Tidak Rasmi kami menyenaraikan beberapa skrip pihak ketiga yang membolehkan anda menyaring kandungan yang tidak diingini. Kami juga mengusahakan perubahan penting lain untuk memberi anda lebih banyak kawalan terhadap pengalaman AO3 anda.
Pada tahun lalu, kami telah menambahkan kebolehan anda untuk mematikan komen atau membekukan bebenang komen tertentu Kami juga sedang mengusahakan perubahan yang akan membolehkan anda memilih untuk tidak menerima hadiah atau undangan koleksi, dengan cara yang sama anda boleh mengawal kebolehan orang lain untuk menyenaraikan anda sebagai pengarang karya bersama. (Seperti kebanyakan perubahan besar, akan terdapat siaran berita khusus dengan lebih banyak maklumat mengenai perubahan ini apabila ia telah sedia untuk dilancarkan.)
Walaupun adalah mungkin untuk mengguna sistem skin AO3 untuk menyembunyikan karya tertentu dari diri anda, baru-baru ini kami juga membolehkan untuk menyembunyikan semua karya dari pencipta tertentu. Untuk menggunakannya, cipta skin laman dan gunakan CSS berikut:
-
.work-000 { display: none !important; }untuk menyembunyikan karya tertentu. Ganti000dengan ID karya yang ingin anda sembunyikan. ID karya adalah rangkaian nombor yang terdapat di URL karya. ID tersebut akan kelihatan selepas/works/, cth.https://ao3.org/works/000/chapters/123. -
.user-000 { display: none !important; }untuk menyembunyikan semua karya oleh pengguna tertentu. Gantikan000dengan ID pengguna yang karyanya anda mahu sembunyikan. ID pengguna adalah rangkaian nombor yang boleh didapati di bahagian profil pengguna pada “ID pengguna saya adalah”. ID pengguna tidak akan berubah sekiranya pengguna menukar namanya
Untuk menyembunyikan banyak item, anda boleh memisahkan pemilih dengan koma: .work-000, .work-149319, .user-000 { display: none !important; }
Buat masa ini, pendekatan ini hanya berfungsi untuk senarai karya dan hasil carian karya, bukan penanda halaman. Namun, kami berusaha untuk memperluasnya ke penanda halaman juga, dan kami akan mempunyai tutorial yang lebih terperinci setelah kami melengkapkannya. (Harap maklum bahawa jika sebelum ini anda menyembunyikan karya dengan pemilih seperti .blurb#work_000, ia akan terus berfungsi, tetapi bukan secara automatik yang akan membawa ke senarai penanda halaman dan hasil carian pada masa akan datang.)
Kami memohon maaf perkara ini memerlukan masa lebih lama daripada yang dijangkakan, dan kami berharap kemas kini ini dapat memberikan sedikit gambaran mengenai sebabnya.
Harapkan bersabar dengan kami sementara kami menyelesaikannya, dan terima kasih di atas semua kata-kata sokongan anda di sini dan di tempat yang lain, terutamanya sepanjang tahun lalu. Kami tidak dapat membalas semua tweet dan komen, tetapi kami sangat menghargai sokongan anda!
