AO3 News

Post Header

Published:
2017-10-01 21:08:18 UTC
Original:
Secure browsing on the AO3
Tags:

Jika anda telah mengikuti nota pelepasan kami, anda semestinya mengetahui bahawa kami sudah lama berusaha untuk memperolehHTTPS sokongan penuh ke atas Archive of Our Own --- AO3 (Arkib Milik Kita). Hari ini, sukacita dimaklumkan bahawa bermula pada 4 Oktober, semua cara perhubungan kepada AO3 akan menggunakan HTTPS secara automatik.

Jika anda menggunakan pelayar yang terkini, anda tidak perlu melakukan apa-apa ---- kita akan menhidupkan suis (virtual) untuk menguatkuasakan hubungan yang selamat antara pelayar anda dan juga kami. Hasilnya, semua halaman AO3 akan memaparkan sebuah simbol kunci dan/atau rakan baik kami https:// di bar alamat browser anda. Pautan http:// yang lama ke AO3 akan diarahkan semula ke versi yang lebih selamat.

Bagi pengguna yang mungkin menghadapi masalah untuk mengakses laman web yang selamat,kami akan meneruskan memberi HTTP bagi mengakses AO3 menerusi insecure.archiveofourown.org — selama yangmungkin. (Anda mungkin akan masih berjumpa dengan pautan HTTPS yang aneh pada laman AO3, seperti apabila memuat turun sesuatu karya sebagai fail PDF, MOBI atau EPUB.)

Kami tidak menjangkakan sebarang downtime semasa peralihan ini, dan anda tidak sepatutnya melihat sebarang perubahan. Untuk menjadi lebih selamat, kami akan memantau pelayan dan firewall dan mungkin akan kembali ke mod HTTP buat sementara waktu sekiranya muncul sebarang masalah. Sila mengikuti akaun Twitter @ AO3_Status Twitter untuk mendapatkan lebih banyak keterangan lanjut, memandangkan kami sudah hampir dengan ‘suis’ tersebut. Selamat melayar (secara selamat)!

Artikel berita ini telah diterjemah oleh penterjemah sukarelawan OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, lawati halaman Penterjemahan di transformativeworks.org.