Chapter 1: Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi [1]
Chapter Text
1. Pembangunan Tanah
Pada peringkat awal kemerdekaan, kerjasama sosioekonomi tertumpu pada pembukaan tanah baharu dan pembangunan In-Situ.
In-Situ menekankan pembangunan fizikal desa seperti penyediaan kemudahan asas, rumah rakyat dan pusat pertumbuhan ekonomi desa.
Dalam erti kata lain, perkara-perkara yang amat penting.
Bayangkan ini: tahun ini adalah tahun 1956. Kerajaan Persekutuan menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.
...Okey, anda kemungkinan lebih mengenali pertubuhan ini sebagai Federal Land Development Authority (FELDA). Ia mengurus dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan rancangan pembangunan tanah baharu.
Marilah kita mengunjungi tahun 1966: Kejayaan FELDA ini mendorong Kerajaan Persekutuan (yang bekerja keras—jangan lupa, ya!) menubuhkan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan.
...Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA).
Ia menyatukan, memulihkan dan membangunkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar di seluruh negara.
Sebenarnya, kita haruslah membincangkan usaha-usaha FELDA secara lebih terperinci juga. Wilayah pertama yang diusahakan oleh mereka pada tahun 1966 ialah Segitiga Jengka.
Ilham Tun Abdul Razak Hussein ini merangkumi tiga daerah—Temerloh, Jerantut dan Maran, Pahang.
Chapter 2: Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi [2]
Chapter Text
2. Pembangunan Wilayah
Selepas tahun 1970, kerjasama sosioekonomi diperluas kepada pembangunan wilayah berdasarkan pembangunan kawasan. Kerajaan Persekutuan membuka kawasan lebih luas di beberapa buah negeri untuk membangunkan wilayah baharu.
Di Semenanjung Malaysia, lembaga yang ditubuhkan semua bermula dengan nama yang sama, iaitu "Lembaga Kemajuan..." diikuti dengan nama negeri tersebut.
(Sudah tentu tiada dana yang diperuntukkan terhadap kreativiti.)
Walau bagaimanapun, terdapat Lembaga Kemajuan:
(diikuti dengan nama singkat mereka)
1. Wilayah Kedah (KEDA)
2. Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
3. Johor Tenggara (KEJORA)
4. Kelantan Selatan (KESEDAR)
5. Terengganu Tengah (KETENGAH)
6. Pahang Tenggara (DARA)
[KAMI AKAN BERSIARAN DALAM KIRAAN 3...2...1...]
"Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia, saya ingin melaporkan berita yang begitu menakjubkan! Sabah dan Sarawak tidak dilupakan!"
Agensi pembangunan di Sarawak termasuklah:
1. Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS)
2. Lembaga Penyatuan Pemuliharaan Tanah Sarawak (SALCRA)
Agensi pembangunan di Sabah pula ialah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB).
Chapter 3: Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi [3]
Chapter Text
3. Pembangunan Koridor Wilayah
Kerjasama sosioekonomi disambung selepas tahun 2005. Ia dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan.
Anda mesti memahami mengapa.
Ia merupakan perancangan yang strategik jangka panjang yang memberikan tumpuan kepada pembangunan di negeri dan wilayah yang kurang pesat untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah.
Para sejarawan akan memberitahu anda tentang pelan projek Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia, nama diberi) yang meliputi Selatan Johor pada 2006. tetapi ada juga pelan lain.
2007:
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak.
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Pahang, Terengganu, Kelantan, Daerah Mersing, Johor.
2008:
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di Wilayah Tengah Sarawak.
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di seluruh Sabah.
thor_roninson on Chapter 1 Thu 26 Dec 2024 10:03AM UTC
Comment Actions
frypan (clativity) on Chapter 1 Thu 26 Dec 2024 10:14AM UTC
Comment Actions
thor_roninson on Chapter 1 Thu 26 Dec 2024 10:18AM UTC
Comment Actions
thor_roninson on Chapter 1 Thu 26 Dec 2024 10:03AM UTC
Comment Actions
frypan (clativity) on Chapter 1 Thu 26 Dec 2024 10:13AM UTC
Comment Actions